Wednesday 22 August 2012

Kitakitar Music Festival

Pada 31 Mac yang lepas, telah berlangsung satu acara music festival di Pantai Cenang, Langkawi yang diberi nama KitaKitar Music Festival dimana membariskan pemuzik dari Indonesia, Thailand, Ireland dan pemuzik tempatan yang dibawakan oleh Babylon MatLounge.
Cuaca yang agak baik pada hari itu, tidak panas dan tidak juga hujan, dengan tiupan angin dari pantai cukup santai untuk melayan festival pada hari itu. kebanyakkan pemuzik yang membuat persembahan pada hari itu kebanyakkannya memainkan muzik dari genre reggae, Salam band reggae dari Malaysia memulakan set pertama pada hari itu, dengan getaran muzik reggae mereka.
Madu band asal dari Dublin ini, mengambil alih pentas, merupakan adik beradik iaitu Aminah dan Salim Dastan yang mempunyai darah kacukan Irish dan Malaysia. Aminah dibahagian vokal dan Salim mengawal controller memainkan muzik reggae. seterusnya Wira naik kepentas dengan band reggaenya 'balok People'. Wira terlebih dahulu dikenali di arena muzik metal dengan Necrotic Chaos, ditemani oleh Joe dari Purevibracion diposisi gitar. Saat ini penonton sudah mula dengan aksi-aksi skankin nya. Satu-satunya band Metal yang diundang pada hari itu, Koffin Kanser dikepalai oleh Aru (vokal, gitar), Joe purevibracion (gitar), Zach (Bass) dan Bakri (drum). Lagu-lagu seperti Zionis, Legalize, Get Up Stand Up versi Koffin Kanser cover dari Bob Marley, mereka sempat mengundang Wira untuk bermain percusion. Aku sebenarnya lebih mengharapkan mereka memainkan cover lagu dari dR Sam seperti lagu 'Gadis Cenggeng' dan lagu 'Saya Anak Malaysia'.(Koffin Kanser pernah meng'cover'kan lagu ini didalam album compilation 'Brutal All Star-Chapter 2).
selepas persembahan oleh koffin kanser persembahan direhatkan, set diambil alih oleh seorang DJ dari Indonesia yang memutarkan seleksi reggae dari roots, dub sehingga dancehall. aku mengambil kesempatan untuk meninjau booth yang menjual beberapa merchandise, sempat juga membeli album terbaru Ras Muhamad 'Berjaya' yang berkolaborasi dengan Daddy T, album madu 'From The Elders Yard'.Apa yang aku perhatikan kebanyakkan pengunjung yang hadir ke festival ini terdiri daripada para pelancong. Dengan mengenakan tiket pada harga RM60 (early) dan RM80 (door), aku rasa berbaloi. Set seterusnya diteruskan lebih kurang pukul 9 malam yang menampilkan band dari (Indo-Oz) Tomme.
Band yang aku ingin lihat persembahan live mereka Job 2 Do, sebuah band otai reggae yang berasal dari Thailand. Ketika band ini mengambil alih pentas, pengunjung sudah mula memenuhi ruang hadapan pentas. Mereka terus memainkan lagu killer song mereka 'Doo Do Doo' dimana rata-rata pengunjung disini sing a long bersama termasuk aku, Semasa melawat Thailand pada tahun 2009, aku sempat membeli satu album Job 2 Do bertajuk 'No War', jadi tiada masalah untuk aku sing a long bersama kerana aku sering memasang cd Job 2 Do, sehinggakan anak aku yang berusia 5 tahun pun tahu menyanyikan lagu ini.
lagu-lagu seperti No War, Lai King turun didendangkan, mereka menutup set mereka dengan memainkan sekali lagi lagu Doo Do Doo. Aku sempat kebelakang stage untuk membeli vcd live mereka Job 2 Do 'Andaman Trip Live' yang dirakam pada tahun 2005, dimana mereka hanya membawa 10 keping sahaja. Set terakhir pada hari itu adalah Ras Muhamad & King Kong Soundsystem, Ras Muhamad adalah duta bagi Indonesia Reggae Ambassador, sementara menunggu set up dan apabila MC mengumumkan ada masalah berkenaan soundsystem aku pulang ke hotel yang hanya bersebelahan dengan tapak festival, didalam hotel aku menunggu untuk set Ras Muhamad, tapi agak menghampakan apabila aku kembali ke festival lampu-lampu semua sudah ditutup. Aku jadi tertanya-tanya? Set Ras Muhammad jadi ke tidak, walaupun aku duduk di bilik hotel sepatutnya aku masih dapat mendengar bunyi dari festival kerana hotel yang aku menginap betul-betul bersebelahan.